Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rasmi: SPR umum kemenangan PKR
Diterbitkan:  Aug 4, 2018 8:07 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

PRK SG KANDIS | Calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi terhadap Lokman Noor Adam daripada BN.

Mengikut keputusan akhir, PKR memperoleh 15,427 undi berbanding 9,585 undi untuk BN.

Sementara itu, calon bebas K Murthy menerima 97 undi.

SPR juga berkata terdapat 173 undi rosak.

SPR memaklumkan keputusan rasmi menunjukkan jumlah pemilih keluar mengundi berada pada 49.4 peratus.

Jumlah keluar mengundi di bawah 50 peratus ini jauh di bawah jangkaan SPR dan Instutut Darul Ehsan (IDE) Selangor.

SPR menyasarkan jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus, manakala IDE dalam kajiannya berkata 81 peratus pengundi 'tak sabar untuk mengundi'

Kajian IDE berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 11 dan 12 Julai lalu.

Ikuti laporan langsung Malaysiakini pilihan raya kecil Sungai Kandis di sini.

Lihat Komen
ADS