Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

PEMILIHAN PKR | Kombinasi "A-Team" adalah gandingan mantap bagi memimpin PKR di masa depan, kata calon ketua pemuda Afif Bahardin.

"Saya yakin jika kita menyokong dua hebat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan, dan saya di peringkat pemuda, PKR akan dipimpin oleh 'A-Team'".

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendedahkan barisannya, calon-calon pro-Azmin, bagi sayap pemuda parti itu, yang dinamakan "Keadilan Masa Depan".

Menegaskan sokongannya terhadap pencalonan Azmin, Afif berkata penyandang timbalan presiden itu telah membuktikan kepimpinannya dalam pelbagai kapasiti - sebagai menteri besar Selangor dan kini menteri kabinet.

"Kesetiaannya pada Anwar dan (penyandang presiden) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepanjang 20 tahun ini tidak pernah goyah.

"Oleh sebab itu, saya lebih yakin untuk menawarkan kepimpinan terbaik bukan saja untuk anggota PKR, tetapi semua rakyat Malaysia.

"Kumpulan 'A-Team' ini akan menjadi kumpulan terbaik," katanya.

Ditanya kemungkinan jika beliau menang sebagai pemuda tetapi Azmin tewas di tangan Rafizi, Afif berkata beliau hanya boleh berharap seluruh barisannya akan dapat memenangi kepercayaan anggota parti.

"Tetapi jika keputusan bukan seperti kita harapkan, maka saya akan ada ruang untuk membuat beberapa pelantikan dan mengambil kira semua faktor dalam pemuda PKR," katanya lagi.

Semua calon bagi jawatan pusat - daripada presiden hingga sayap parti - menghantar borang pencalonan hari ini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.

Bagi jawatan ketua pemuda, Afif berdepan anggota parlimen Johor Bharu Akmal Nasir - sebahagian daripada kumpulan Rafizi - dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi yang mengisytiharkan dirinya sebagai calon neutral.

Lihat Komen
ADS