Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azizah takkan kosongkan jawatan kabinet untuk Anwar
Diterbitkan:  Aug 6, 2018 12:24 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kabinet serta sebagai Anggota Parlimen Pandan, bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, beliau akan mengekalkan semua jawatan yang digalasnya walaupun Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Memang tidak (lepaskan jawatan). Insya-Allah (akan kekalkan semua jawatan termasuk sebagai Anggota Parlimen Pandan), " katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata keputusan sama ada Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen akan ditentukan kemudian.

Semalam, Anwar secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas tiada individu lain menghantar borang pencalonan untuk mencabar beliau pada pemilihan PKR 2018.

- Bernama

Lihat Komen
ADS