Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua projek RM2.4 juta bawah Finas gagal disiapkan
Diterbitkan:  Aug 6, 2018 3:25 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

LAPORAN AUDIT l Terdapat dua projek bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bernilai RM2.4 juta yang bermula sejak 2012 dan 2013 tidak disiapkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan itu, dua projek bawah Jawatankuasa Teknikal Multimedia adalah The River Warrior dan Poh-tato.

“Kegagalan menyiapkan kedua-dua projek menyebabkan Kerajaan tidak mendapat value for money bagi dana yang telah diberi kepada syarikat iaitu berjumlah RM1.44 juta.

“Manakala denda terhadap kedua-dua syarikat tidak dapat dikenakan kerana terma denda dan penalti tidak dimasukkan dalam kontrak perjanjian yang mana ia bertentangan dengan kehendak Garis Panduan dan Terma Rujukan Jawatankuasa,” kata laporan itu.

Semakan Audit juga mendapati setakat 31 Ogos 2017, tiada surat peringatan daripada Finas kepada syarikat yang diberi projek melaksanakan The River Warrior walaupun terlewat 915 hari.

Jawapan Finas kepada audit pula berkata syarikat itu belum menyatakan jadual kerja terkini, laporan perbelanjaan, dokumen sokongan penajaan dana lain dan salinan treler.

Bagi Poh-Tato pula, Finas hanya mengeluarkan surat peringatan kepada syarikat pada 7 Januari 2015 walaupun tempoh kontrak tamat Disember 2014.

Semakan audit mendapati syarikat pada 11 dan 28 Januari 2015 mengemukakan permohonan penangguhan penghantaran produk akhir kepada Finas dan surat susulan pada 9 Ogos 2016, tetapi tidak mendapat maklum balas Finas.

Lihat Komen
ADS