Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

GLOBAL | Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia pada 8.06 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak gempa bumi itu adalah 352km selatan Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sabah iaitu di kawasan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), Kudat dan Labuan sehingga 12 tengah malam, 7 Ogos.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS