Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mesyuarat serantau imigresen bincang visa am Asean

ASEAN Common Visa (ACV) dan Big Data Analysis adalah antara topik dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN (DGICM) ke-22 yang diadakan di ibu negara Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata isu-isu itu dibincangkan terlebih dahulu melalui wakil-wakil imigresen setiap negara ASEAN hari ini, sebelum dibawa ke peringkat seterusnya oleh setiap ketua pengarah esok.

“Topik-topik ini antara diberi fokus dan dijadikan sebahagian daripada perbincangan peringkat jawatankuasa kerja di DGICM.

“Topik seperti ASEAN Common Visa (visa am) ini merupakan perkara dibincangkan (tentang) bagaimana pihak luar (warga lain) selain (rakyat) negara ASEAN, yang hanya perlu memohon satu visa jika ingin masuk (berkunjung) lebih daripada satu negara ASEAN.

“Contohnya, (jika) ada rakyat dari India memohon visa untuk datang ke Malaysia. Bagaimanapun, jika beliau ingin ke negara ASEAN lain seperti Indonesia, beliau tidak perlu lagi memohon visa sebaliknya hanya menggunakan satu visa,” katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata perkara itu masih di peringkat rundingan sama ada ia boleh direalisasikan atau terdapat negara-negara ASEAN yang mempunyai sudut pandangan berbeza.

Kongsi data imigresen

Mustafar berkata Big Data Analysis pula merupakan perkongsian data oleh Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain agar dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan imigresen.

“Big Data Analysis yang dimaksudkan, contohnya seperti data-data atau informasi berkaitan pintu-pintu masuk negara yang menjadi pilihan warga asing keluar masuk.

“Selain itu, terdapat juga data-data mengenai individu bermula dari peringkat umur, bangsa, kekerapan keluar masuk negara dan tujuan keluar masuk ke negara sama ada untuk bekerja, melancong mahupun menyambung pelajaran,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya perkongsian Big Data Analysis, negara-negara ASEAN lain boleh memperoleh maklumat dari Malaysia dengan mudah.

Katanya isu-isu lain turut dibincangkan hari ini seperti perkongsian maklumat berkaitan isu pemeriksaan di setiap pintu masuk Imigresen setiap negara anggota ASEAN dan juga perkongsian mengenai isu melibatkan keselamatan.

Mesyuarat tiga hari bertemakan “Sovereignty and security is our mission” itu disertai hampir 100 pegawai Imigresen dari 10 negara ASEAN, yang akan berakhir Rabu ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS