Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa anggota parlimen BN tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

"Kenapa harus kita (sokong)?” soalnya apabila ditanya sama ada anggota parlimen BN akan menyokong rang undang-undang itu.

Beliau juga ditanya jika RUU akan mendapat sokongan daripada anggota senat BN, yang mempunyai majoriti di Dewan Negara.

"Biar mereka bentang dulu," katanya.

Selasa lalu, RUU Cukai Jualan 2018; RUU Cukai Perkhidmatan 2018; RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 dibenatngkan bagi membolehkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ini adalah sama dengan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang dimansuhkan pada tahun 2014 apabila GST diperkenalkan.

RUU itu sedang dibahaskan pada peringkat dasar hari ini.

[Baca berita penuh]