TI: Apa jadi dengan perakuan suruhanjaya diraja polis?
Terjemahan Dua pertubuhan antarabangsa mengkritik ketiadaan tindakan segera yang diambil untuk melaksanakan perakuan Suruhanjaya Diraja Polis, ekoran timbulnya dakwaan terbaru mengenai berlakunya salahguna kuasa dalam pasukan tersebut.
Terjemahan Dua pertubuhan antarabangsa mengkritik ketiadaan tindakan segera yang diambil untuk melaksanakan perakuan Suruhanjaya Diraja Polis, ekoran timbulnya dakwaan terbaru mengenai berlakunya salahguna kuasa dalam pasukan tersebut.
Pengerusi Piagam Transparency International Malaysia, Datuk Param Cumaraswamy berkata, orang ramai mempunyai hak untuk tahu sama ada cadangan tersebut akan dilaksanakan atau sebaliknya.
Laporan suruhanjaya diraja itu, termasuk 125 perakuan untuk meningkatkan prosidur pasukan polis, disiapkan April. Jun lalu, kabinet menubuhkan lima jawatankuasa kecil untuk mengkaji laporan tersebut, tetapi sehingga ini tiada maklumat mengenainya.
Param turut menegur Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan kerana bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang merakamkan klip video wanita berbogel yang diarah melakukan ketuk ketampi di balai polis Petaling Jaya.
"Paling tidakpun, Musa (foto) sepatutnya menunggu sehingga selesai siasatan....sebelum bercakap mengenai 'whistleblower' dalam kes ini, apatah lagi untuk mendakwanya," kata Param dalam satu kenyataan.
Menurutnya, ulasan Musa itu mencerminkan set minda pasukan polis yang tertumpu untuk mengambil tindakan terhadap'whistleblower' daripada menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan tersebut.
Sambil menggesa Musa supaya memohon maaf berhubung'tingkahlakunya' itu, Param berkata, rakyat Malaysia memerlukan sebuah pasukan polis yang mesra rakyat dan bukan yang ditakuti rakyat.
'Pertahankan hak asasi manusia'
Badan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) Malaysia pula berkata perakuan suruhanjaya diraja polis itu mesti dilaksanakan untuk memastikan hak asasi manusia dilindungi dan dipertahankan.
"Suruhanjaya diraja itu telah menyediakan satu rangka tindakan untuk pembaharuan yang berkesan, termasuk mengkaji semula prosidur polis dalam memastikan hak asasi manusia dipertahankan. Sekarang adalah masanya untuk melaksanakannya," kata Pengarah AI-Malaysia, Josef Roy Benedict dalam satu kenyataan hari ini.
Sambil menyifatkan klip video itu sebagai "perbuatan yang menghina kaum wanita", beliau berkata, kejadian itu dan kejadian yang lainnya, menunjukan ada yang tidak kena dalam pasukan polis yang perlu diberikan perhatian segera.
Katanya, ia juga menunjukkan bahawa sesetengah pegawai polis tiak menghormati maruah orang lain, manakala peraturan polis yang sedia ada pula, telah gagal melindungi anggota masyarakat seperti wanita, kanak-kanak dan kumpulan minoriti. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.