DUN PULAU PINANG | Sebanyak 200 bangunan mungkin terjejas oleh lebuh raya Pan-Island Link (PIL 1), yang mana 60 peratus daripadanya terdiri daripada penduduk setinggan dan struktur kecil seperti bangsal dan kedai, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini.

Pada satu sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri, Chow berkata beberapa bahagian daripada Park City akan terjejas, tetapi yakin ia adalah disebabkan penempatan struktur binaan di pinggir taman yang melampau.

Beliau menambah bahawa mereka yang terjejas oleh projek lebuh raya besar telah dirundingkan mengenai perkara itu.

Ketua menteri memaklumkan jangka masa untuk memberikan maklum balas terhadap laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang disambung sehingga 7 September ini.

"Walaupun pameran awam akan berakhir pada 10 Ogos ini, tempoh untuk memberikan maklum balas ditunda ke 7 September dan pameran awam akan tersedia dalam talian selepas 10 Ogos," katanya.

"Kami akan berurusan dengan mereka menurut berdasarkan Kanun Tanah Negara, mereka akan diberi pampasan sewajarnya.

"Kami akan mendengar semua maklum balas daripada mereka yang terlibat, contohnya, ada yang meminta kami untuk memasang halangan bunyi di kawasan yang berdekatan dengan kawasan kediaman atau komersil, dan kami akan melihatnya," katanya kepada pemberita.

Chow mengulas bantahan NGO dan individu terhadap projek lebuh raya itu yang mengatakan membina terowong dan pembinaan yang melalui kawasan kawasan taman awam menjejaskan alam sekitar.

[Baca berita penuh]