Proton alami kerugian sebelum cukai RM158 bagi suku tahun kedua
Kerugian sebelum cukai pembuat kereta nasional, Proton bagi suku kedua tahun ini terus meningkat kepada RM158 juta daripada kerugian RM4.3 juta pada suku pertama disebabkan oleh peruntukan kepada syarikat miliknya, pembuat motosikal MV Augusta dari Itali.

Perolehan susut kepada RM1.8 bilion berbanding RM2.8 billion, kata pengerusinya Datuk Mohammed Azlan Hashim kepada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
Beliau juga mengesahkan spekulasi pasaran bahawa Timbalan Pengarah Urusan Perodua Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir akan mengambil alih pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Proton berkuatkuasa 1 Januari
2006.
Menurut Bernama, Proton juga menjual 22,971 kereta pada Oktober tahun ini atau 50 peratus daripada kereta yang dijual, katanya.
Ia merupakan jualan bulanan terbaik dalam keseluruhan sejarah 20 tahunnya, kata Mohammed Azlan.
Proton terus menjadi penerajui pasaran bagi kereta penumpang yang dijual dengan menguasai 44 peratus bahagian, katanya.