Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu tukar hakim, Najib tulis surat pada hakim besar Malaya
Diterbitkan:  Aug 8, 2018 1:13 PM
Dikemaskini: 5:40 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah menghantar surat kepada hakim besar Malaya yang baru dilantik Tan Sri Zaharah Ibrahim semalam.

Surat itu antaranya mengetengahkan kekhuatirannya berkaitan pentadbiran keadilan susulan pertukaran hakim perbicaraan bagi kesnya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, salinan surat itu telah diberikan kepada hakim kesnya Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Baca: Nazlan hakim baru adili kes Najib


Walaupun berkata tidak mempersoalkan kemampuan Nazlan, Shafee berkata anak guamnya mempersoalkan kenapa hakim terdahulu Datuk Sophian Abdul Razak dipindahkan.

“Tiada permintaan dibuat untuk penukaran oleh mana-mana pihak, sama ada pendakwaan atau pembelaan.

"Bagaimanapun Hakim Sophian ditukar tanpa permohonan pertukaran dibuat.

“Ini menimbulkan persoalan terhadap pentadbiran keadialan kerana badan kehakiman patut kekal bebas.

“Ini kes yang amat sensitif dan melibatkan bekas perdana menteri, mungkin hampir dengan kes Amwar Ibrahim,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS