PARLIMEN l Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini walaupun terdapat bantahan daripada ahli parlimen pembangkang.

RUU itu adalah sebahagian daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dijangka dilaksanakan pada September ini. Ia dibentangkan dan dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Lim ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak memberi jaminan bahawa harga barang dan perkhidmatan akan meningkat selepas SST.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan memastikan impak akibat harga barang dan perkhidmatan di bawah SST adalah separuh daripada impak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata SST tidak akan dikenakan ke atas projek pembangunan kerajaan.

Oleh itu, ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak enam peratus.

[Baca berita penuh]