Berita Malaysiakini

Bengong! Jangan kita doakan orang mati cepat - Anwar

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan supaya menunggu seorang ahli parlimen meninggal dunia supaya pilihan raya kecil (PRK) dapat diadakan untuk beliau bertanding dan kembali ke Parlimen.

“Ini pandangan bengong.

“Saya tak fikir janggal untuk mana-mana ahli parlimen mempelawa untuk letak jawatan. Jangan kita doakan untuk orang mati cepat,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Anwar disoal wartawan sama ada beliau akan merancang supaya satu pilihan raya kecil diadakan atau bersedia menunggu sehingga berlaku sebab-sebab semula jadi.

Sebelum ini, dua wakil rakyat PKR - Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul - masing-masing menyatakan kesedian mereka untuk meletak jawatan dan menawarkan kerusi mereka kepada presiden PKR itu.

[Baca berita penuh]