PAS cadang RTM anjur forum pilihanraya kecil Pengkalan Pasir
PAS hari ini mencadangkan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan forum khas sempena pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember ini.
PAS hari ini mencadangkan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan forum khas sempena pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember ini.
Naib presiden PAS, Husam Musa berkata, forum khas selama satu jam boleh memberi ruang kepada pemimpin Barisan Nasional dan PAS menerangkan kepada rakyat di seluruh negara, terutamanya 18,411 pengundi di Pengkalan Pasir mengenai hasrat dan harapan kedua-dua parti di kawasan terbabit.
"Rakyat sudah matang, biarlah pilihanraya ini dijalankan dengan saksama," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.
Menurut Bernama, Husam, yang juga anggota exco kerajaan negeri, menafikan bahawa PAS berada dalam kedudukan terdesak sehingga mahu forum TV diadakan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.