Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saifuddin: Belum ada keperluan dedah pihak bangunkan sistem e-undi PKR

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata belum ada keperluan untuk mendedahkan pihak yang membangunkan sistem e-undi yang akan digunakan dalam pemilihan PKR akan datang.

"Saya fikir itu adalah aspek persiapan dalaman parti. Ini suatu sistem yang dalam peringkat dalaman PKR perlu dilihat sebagai sistem yang berkredibel.

"Jadi buat masa ini belum ada keperluan untuk kita dedahkan identiti pihak yang bangunkan sistem itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Saifuddin berkata demikian apabila ditanya tentang tarikh pihaknya akan mendedahkan pihak yang membangunkan sistem e-undi berkenaan dan pihak yang akan mengaudit pemilihan PKR.

Jelas beliau, kepimpinan PKR sudah diberi taklimat berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada pihak berkenaan akan didedahkan untuk menjamin ketelusan, Saifuddin berkata keputusan itu terserah kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Pemilihan PKR kali ini merupakan yang pertama kali parti itu menggunakan sistem e-undi.

Jawatankuasa pemilihan sebelum ini memberi jaminan bahawa keputusan pemilihan tidak akan boleh dipengaruhi kerana parti tidak mempunyai akses langsung kepada sistem berkenaan.

Pemilihan PKR akan berlangsung selama beberapa minggu, bermula di Kelantan dan Terengganu pada 14 Sept dan berakhir di Sabah pada 13 Okt.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS