Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: Khaled salah, semua pemimpin BN sedang 'dibicarakan'
Diterbitkan:  Aug 10, 2018 7:03 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas bekas menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana mengatakan hanya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang dibicarakan dan bukannya Umno.

Sebaliknya, anggota parlimen Iskandar Puteri itu berkata semua pemimpin Umno dan BN terlibat dalam 'membantu' menutup skandal 1MDB melibatkan bekas perdana menteri itu.

"Ini termasuk semua menteri dalam kabinet Najib, anggota parlimen Umno/BN di Parlimen ke-13 serta pemimpin parti Umno dan BN," katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Lim juga mengingatkan mengenai saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan skandal 1MDB pada Julai 2016 dan bagaimana bekas perdana menteri itu digambarkan sebagai "Malaysian Official 1 (MO1)".

Lim berkata Najib tidak menunjukkan penyesalan terhadap skandal berkenaan.

"Bilakah menteri-menteri Umno dan BN, ahli parlimen dan pemimpin yang membantunya menutup skandal berkenaan akan menunjukkan penyesalan terhadap kleptokrasi 1MDB?" soal beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Khaled yang juga naib presiden Umno, berkata parti itu tidak boleh melakukan reformasi jika Najib terus memainkan peranan penting dalam hal ehwal parti itu.

Khaled antara pemimpin Umno yang berani membuat kenyataan terbuka mengenai bekas presiden parti itu sejak dua hari lalu.

Lihat Komen
ADS