Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri pendidikan ucap takziah kepada keluarga 2 murid lemas
Diterbitkan:  Aug 11, 2018 2:14 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua beradik yang juga murid Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan, Pahang yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di muara Sungai Balok semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau mendoakan roh Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanafiah, 11 dan Muhammad Hafizul Iman, 9, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

"Di samping itu, saya berharap mangsa yang terselamat iaitu Ahmad Adam Naufal Ahmad Yamizi, 11 dan Mohamad Lokman Hakim Suhamizan, 10 berada dalam keadaan stabil dan menjalani rawatan yang sewajarnya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, dua beradik itu lemas ketika mandi-manda bersama dua lagi rakan di muara Sungai Balok.

Kedua-dua rakan mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran.

- Bernama

Lihat Komen
ADS