Musa Hassan enggan ulas, tak mahu disalah anggap
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Musa Hassan hari ini berkata polis tidak lagi akan mengulas perkembangan siasatan kes seorang wanita China yang disuruh ketuk ketampi dalam keadaan bogel dalam lokap polis baru-baru ini kerana tidak mahu kenyataan itu disalah anggap.

"Saya tidak mahu mengulas apa-apa. Nanti orang salah anggap. Semua ulasan yang saya beri, orang salah anggap," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata semua pihak perlu menunggu hasil siasatan sebuah badan siasatan bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kes berkenaan.
Musa juga enggan mengulas ketika diminta pendapatnya mengenai penubuhan badan siasatan bebas itu dan kemungkinan pegawai tertinggi polis dilantik menganggotainya.
"Saya tidak tahu siapa yang akan menganggotai badan siasatan bebas itu, tunggu sajalah. Saya juga tidak mahu komen mengenai badan ini, okey," katanya.
menurut Bernama, Musa ditemui ketika menghadiri Mesyuarat Ke-16 Bahagian Penilaian Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia-Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah di Pulau Pinang.
Badan siasatan bebas yang akan ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu akan menyiasat kejadian itu yang dirakamkan dalam format klip video.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.