Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Annuar harap Anwar selamatkan Malaysia
Diterbitkan:  Aug 13, 2018 9:06 AM
Dikemaskini: 1:11 AM

Merasakan kedudukan orang Melayu dan agama Islam kian diancam selepas PRU ke-14, Tan Sri Annuar Musa berkata hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memulihkan keadaan itu.

"Negara lebih memerlukan beliau kini. Islam, Melayu, Raja-raja Melayu dan bahasa (Melayu) banyak dikompromikan.

"Ini kerana pimpinan (kerajaan) datang dari parti yang terlalu lemah dan terlalu bergantung kepada sokongan orang lain," katanya dalam satu hantaran Facebook, semalam.

Tidak mengulas lanjut kerisaunnya, Annuar sebaliknya fokus kepada bakal presiden PKR itu yang menurutnya konsisten dalam isu Melayu dan Islam sejak mula menceburi politik pada era 1980-an.

"Idealisme perjuangan (Anwar) tetap segar, sama seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an. Malah pendiriannya cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, Raja-raja Melayu dan ummah.

"Malangnya ia terhalang apabila beliau mula mencabar atau dirasakan mencabar Tun Dr Mahathir...Kita mendoakan kali ini beliau lebih arif (dan tidak biarkan) pisang berbuah dua kali," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno pada akhir era 1990-an yang dikatakan berpunca ekoran pertembungannya dengan Mahathir.

Antara isu yang dikatakan mengancam orang Melayu dan Islam baru-baru ini ialah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan terbaru lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal jika ini berterusan. Tolong selamatkan Malaysia," kata Annuar lagi.

Lihat Komen
ADS