Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korea Utara, Selatan adakan pertemuan sebelum sidang di Pyongyang

GLOBAL | Pegawai Korea Utara dan Korea Selatan dijadual mengadakan rundingan tahap tinggi hari ini, dengan sebuah akhbar Korea Selatan melaporkan kedua-dua pihak mungkin merancang satu sidang kemuncak di Pyongyang bulan ini.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in bertemu di kampung perdamaian Panmunjom di sempadan kedua-dua negara, dan setuju untuk mengadakan satu lagi sidang kemuncak pada musim luruh, kali ini di ibu kota Korea Utara.

Memetik pegawai Korea Selatan yang tidak dinamakan, akhbar Kookmin Ilbo hari ini melaporkan sidang itu mungkin dibuat seawal hujung Ogos.

Jadual kebanyakannya dikoordinasi dengan Korea Utara dan ia mungkin diadakan di Pyongyang, katanya.

Ahad lalu, jurucakap Rumah Biru (kediaman rasmi presiden) Korea Utara berkata pegawai berharap perincian itu akan diputuskan pada perbincangan hari ini.

"Kami harap masa, tempat dan saiz delegasi yang akan melawat Korea Utara akan diputuskan," kata Kim Eui-kyeom yang bagaimanapun enggan mengulas secara lanjut.

Kim telah mengadakan sejumlah pertemuan diplomatik dengan pemimpin Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat tahun ini.

Moon dan Kim juga mengadakan pertemuan mengejut di sempadan pada Mei lalu, menjadikan Moon pemimpin tunggal Korea Selatan yang pernah berjumpa pemimpin Korea Utara lebih sekali.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS