PM: Kenyataan Noh Omar tidak wajar
Kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar supaya pelancong dan tetamu asing pulang ke negara masing-masing sekiranya mereka merasakan polis Malaysia zalim, langsung tidak wajar, tegas Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu Bernama, kenyataan Noh itu menyentuh dasar dan pendirian kerajaan yang sememangnya mengalu-alukan kedatangan para pelancong dan tetamu luar negara, sama ada untuk melancong, belajar, menerima rawatan atau menjalankan perniagaan di negara ini.
"Anggota kerajaan sepatutnya lebih prihatin dan berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
"Saya telah menegur Datuk Noh Omar mengenai perkara ini," kata Perdana Menteri.
Noh dilaporkan telah membuat kenyataan itu ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen semalam, yang meminta ulasan beliau mengenai perkembangan terkini mengenai kes rakaman video seorang wanita yang dipercayai rakyat
China, yang disuruh melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel semasa dalam tahanan polis.
Bagaimanapun, Noh dilaporkan berkata, wartawan telah tersalah anggap kenyataan semalam