Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Orang Utan pakai kaca mata itu mungkin kita tukar sikit'

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang direka ketika zaman BN akan diubah suai selepas kritikan ia tidak cantik.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammaddin Ketapi berkata, kementeriannya akan membuat pertandingan mengubah suai rekaan logo itu bagi tujuan penambahbaikkan.

"Bukan keseluruhan tak digunakan. Tidak, kita akan guna dengan penambahbaikan.

"Banyak yang buat aduan, tak cantik. Saya menteri baru masuk. Kalau orang dah cakap tak cantik dan kemudian saya cakap lagi cantik, mesti rosak (bercanggah).

"Mungkin orang utan yang pakai kaca mata itu mungkin kita tukar sikit," katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen selepas majlis prapelancaran sebuah acara di parlimen, hari ini.

Mohammaddin berkata pertandingan itu akan dibuka kepada semua dan maklumat mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Logo tersebut dilancarkan bekas menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada awal tahun ini.

Ia mencetuskan kontroversi apabila netizen memberi respon negatif terhadap rekaan itu tetapi Nazri mempertahankannya.

Lihat Komen
ADS