Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng akan bentang usul buka semula siasatan 1MDB
Diterbitkan:  Aug 15, 2018 11:16 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

PARLIMEN l Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan usul di Dewan Rakyat supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira WangNegara (PAC) membuka semula siasatan ke atas skandal 1MDB.

Usul itu juga menggesa semua maklumat yang berkaitan dengan siasatan didedahkan kepada umum.

Usul berkenaan adalah agenda kelima pada Kertas Perintah hari ini, selepas sambungan bacaan kali ketiga, dan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar dan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat.

Ia dijangka dibentangkan esok, pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat sesi kali ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS