Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pekerja ECRL mesti buat tuntutan dari firma China, kata Guan Eng

PARLIMEN l Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pekerja yang dilaporkan hilang mata pencarian mereka selepas Putrajaya menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mesti menuntut pampasan daripada kontraktor utama projek itu, China Communications Construction Company (CCCC).

"Seperti yang kita ketahui, pekerja-pekerja ini bukannya diambil oleh kerajaan persekutuan. Mereka diambil oleh CCCC.

"Oleh itu dari segi pampasan, mereka mesti menuntut dari syarikat itu," kata Lim ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagaimanapun, apabila keputusan muktamad dibuat, kerajaan bersedia memberi bantuan jika ada keperluan berbuat demikian," katanya.

Lim berkata walaupun terdapat kakitangan dari China yang terjejas dengan pemotongan pekerjaan itu, kerajaan Malaysia hanya akan membantu pekerja tempatan.

Ismail meminta kerajaan menyatakan rancangannya untuk membantu kira-kira 2,000 pekerja yang dikatakan kehilangan pekerjaan setelah kerajaan awal bulan lalu bertindak menggantung pembinaan ECRL.

Memetik sumber dalaman, saluran berita Singapura Channel News Asia melaporkan bulan lalu bahawa hampir separuh daripada 2,250 pekerja yang diambil bekerja oleh CCCC telah kehilangan pekerjaan mereka. Ini kerana syarikat itu tidak tahu sama ada projek berkenaan akan disambung semula.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS