27 tajuk penerbitan bahasa Cina diharamkan
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan 27 tajuk penerbitan berbahasa Cina mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1987 kerana dianggap memudaratkan moral.
Menurut kenyataan kementerian itu, kesemua 27 tajuk penerbitan terbabit diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang beribu pejabat di Hong Kong.
Tajuk-tajuk penerbitan itu ialah Pink Lady, Hot! Girl, Wanita Seksi, Godaan Seks, Cinta Haram, Angel, Sexy Girl, Kak Long, Body Girl, Wanita Yang Merayau Sepanjang Malam dan Lelaki Yang Bertanggungjawab , kesemuanya diterbitkan oleh syarikat Jin Tian Press Co Ltd.

Tajuk-tajuk lain ialah Si Comel, Cinta Liar, Gadis Yang Mengejar Nafsu, dan Mimpi Pisang yang diterbitkan oleh Quan Long Press Co Ltd.
Tajuk yang diterbitkan oleh syarikat Yin Ye Press Co Ltd pula ialah Isteri Muda Yang Berlaku Curang, Pasangan Berahi, Gadis Hamba Nafsu dan Wanita Yang Kesepian dan Wanita Jelita .
Dua lagi tajuk iaitu Kisah Tengah Malam dan Perempuan Tidak Bermoral yang diterbitkan oleh syarikat Hua Ming Publishing House serta dua tajuk terbitan New Port Printing and Binding Co iaitu Guru Dara dan Kisah Doktor Yang Tak Siuman , turut diharamkan.
Tiga lagi tajuk yang diharamkan iaitu Cinta Kota, Dunia Ceria dan Dunia Romantik masing-masing diterbitkan oleh syarikat berasingan iaitu Ngan Hon Investment Co Ltd, Hong Kong Fei Da Publishing Group dan Hong Kong Giant Publishing Group.
Menurut kenyataan itu, sesiapa yang didapati mencetak, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud, boleh diambil tindakan undang-undang mengikut akta itu.
Mereka yang didapati melanggar peraturan mengikut akta berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.