Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Anggota parlimen Damansara Tony Pua berterima kasih kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mencadangkannya diberi tugas membantu kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan tol.

“Saya berterima kasih ke atas keyakinan Datuk Seri Najib kepada saya.

“Dan saya akan menghulurkan segala cadangan kepada pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Penghapusan tol antara janji 100 hari HARAPAN dalam manifestonya.

Awal minggu ini, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kerajaan sukar menghapuskan tol kerana ia akan menelan kos RM400 bilion.

Pua, yang juga pegawai khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata angka RM400 bilion merupakan angka dari kerajaan lalu, yang mengambil kira konsesi termasuk keuntungan masa depan.

“Angka yang kita gunakan jika kita ambil alih tol, buat masa ini kita belum lagi buat keputusan, kalaulah kita ambil alih konsesi tol ini.

“Kita akan bayar pampasan hanya mengikut kadar yang termaktub dalam kontrak. Kos pembinaan jalan raya, tidak termasuk masa depan.

“Oleh sebab itu, jumlah yang diperlukan untuk ambil alih tol tidak akan dekat dengan angka RM400 bilion,” katanya.

Lihat Komen
ADS