Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap kepada sekumpulan belia hari ini merumuskan bahawa jika seseorang mengecap kuasa pada usia yang muda ia boleh membuatkan dirinya merasa berat hati untuk melepaskan kuasa itu apabila tiba masanya.

Tanpa menyebut sebarang nama, Mahathir menyebut contoh seorang menteri muda.

"Jika seseorang menjadi menteri ketika usia yang terlalu muda dan apabila mereka menjadi semakin tua, mereka tidak mahu meletakkan jawatannya, itulah masalahnya.

"Sekali anda mendapat kuasa sangat susah untuk melepaskannya," Mahathir berkata demikian dalam majlis penyerahan 60 orang peserta program Perdana Leadership Fellows kepada para menteri di JPM pagi ini.

Bagaimanapun, Mahathir memuji Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir, bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri kabinet dan KSU Tan Sri Ali Hamsa.

Mahathir berharap program zamalah (fellowship) - yang berlangsung antara enam minggu ke tiga bulan - itu dapat melahirkan orang muda yang bakal menjadi menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS