Paling Popular
Terkini

100 HARI | Malaysiakini telah mencipta suatu garis masa multi media bagi mengimbas kembali 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).

Garis masa ini menampilkan beberapa peristiwa penting kerajaan baru - cabaran, pencapaian dan kesilapan - dari 9 Mei ke 16 Ogos lalu.

Terokai pelbagai kejadian yang berlaku pada minggu pertama kerajaan HARAPAN, antaranya seperti istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua; perletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno; penarikan balik status sulit laporan ketua audit negara mengenai 1MDB dan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Garis masa juga mengikuti perkembangan peristiwa sekitar skandal 1MDB dan SRC International, termasuklah serbuan ke kediaman yang dikaitkan dengan Najib, penangkapan bekas perdana menteri itu dan ketibaan kapal persiaran mewah Eqanimity di Pelabuhan Klang.

Berita lain termasuklah berbagai pendedahan skandal kewangan yang dibuat Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Garis masa ini juga menyorot penangguhan dan pembatalan berbagai projek, seperti laluan MRT3, Landasan Kereta Api Pantai Timur, projek saluran gas Suria Strategic Energy Resources (SSER).

Para pembaca boleh meneroka garis masa Malaysiakini yang tersedia dalam tiga bahasa, Inggeris, Mandarin dan Melayu di sini.

Lihat Komen
ADS