Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tubuhkan RCI, tribunal siasat dakwaan hakim kena tindakan'

Dua bekas hakim hari ini mengatakan tuduhan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer semalam bahawa beliau dikenakan tindakan daripada seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman menentang dalam kes penukaran agama sepihak anak-anak M Indira Gandhi itu merupakan perkara yang serius.

Mereka berkata hal tersebut membolehkan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau tribunal.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata tidak wajar bagi hakim kanan sama ada ketua hakim negara atau hakim Mahkamah Persekutuan untuk berbuat demikian.

"Seorang hakim kanan tidak mempunyai hak untuk mengenakan tindakan terhadap seorang hakim, ia serupa dengan ketua hakim negara atau Mahkamah Persekutuan memanggil seorang hakim kerana boleh menimbulkan gangguan terhadap fungsi seorang hakim.

"Setiap hakim ialah penguasa dalam kamar (mahkamahnya). Penghakiman mahkamah yang lebih tinggi hanya boleh membetulkan sesuatu penghakiman jika terdapat rayuan.

"Bagimanapun, dalam hal ini maklum balas Mahkamah Persekutuan berhubung kes Indira Gandhi merupakan tamparan kepada hakim kanan itu sendiri kerana penghakiman menentang (yang ditulis Hamid Sultan) telah dipersetujui sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan," kata Sri Ram.

Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berpendapat nama hakim kanan itu perlu didedahkan.

"Aduan (dalam isu ini) membolehkan penubuhan tribunal kerana tidak bersetuju dengan penghakiman minoriti merupakan salah laku terhadap tata cara hakim kanan yang serius," katanya.

Campur tangan hakim

Manakala itu, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata dakwaan tersebut serius dan ia boleh dilihat sebagai campur tangan terhadap seorang hakim daripada hakim kanan yang lebih tinggi.

Menurut Hishamudin, sepatutnya hakim kanan yang lebih tinggi itu memastikan untuk melindungi kebebasan kehakiman.

"Pendapat saya, terdapat merit bagi dakwaan serius ini untuk disiasat suatu suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

"Seperti apa yang terjadi dalam kes skandal klip video. Yang mana terdapat dakwaan perbualan yang tidak sesuai di antara seorang hakim kanan dan seorang peguam. Dalam hal ini, kerajaan menubuhkan RCI," katanya.

Semalam, Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer memberitahu persidangan undang-undang antarabangsa bahawa beliau pernah dikenakan tindakan oleh seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman menentang dua tahun lalu dalam kes penukaran agama sepihak untuk anak M Indira Gandhi.

Hamid berkata beliau mempertahankan penghakimannya yang menentang keputusan tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan beliau membuat penghakiman menentang itu Hamid Sultan mendakwa telah dikenakan tindakan tidak diberi dan tidak dibenarkan mendengar kes-kes berkaitan kepentingan awam dan perlembagaan.

"Sebaik sahaja penghakiman kes dikeluarkan seorang hakim kanan memanggil barisan hakim (kes ini) dan mengenakan tindakan terhadap saya serta menuduh saya melakukan aktivisme kehakiman. Malahan bukan itu sahaja, beliau memarahi saya dalam perilaku yang kurang sopan.

"Saya mempertahankan pendirian saya. Maklum balas saya kepada hakim tersebut adalah saya tidak perlu membela penghakiman saya dan saya tidak akan tunduk terhadap tindakan yang bertentangan dengan sumpah jawatan saya. Kejadian ini menjadikan hubungan renggang dengan hakim kanan tersebut," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS