Paling Popular
Terkini

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banyak pihak sudah menawarkan kerusi parlimen masing-masing kepadanya.

“Saya sejak kembali dari Turki, berpuluh ahli parlimen jumpa saya dari semua parti dan kita berbeza pendapat semasa pilihan raya tapi kita tak ada permusuhan peribadi.

“Jumpa dan tidak tertutup, ramai jumpa daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan, Kedah dari semua parti, ada masalah?

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau merasakan sekarang buka masa sesuai untuknya kembali ke parlimen.

Bakal pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata beliau akan berbincang dengan perdana menteri dahulu sebelum memuat sebarang pengumuman.

Saya bincang dengan Tun Mahathir minggu lalu dan beritahu sebaik sahaja ada keputusan saya maklumkan dia dulu, saya maklumkan PM dulu, baru bagi tahu (awam)," katanya di pejabat barunya di Petaling Jaya.

Lihat Komen
ADS