Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan sudah penuhi 21 dari 60 janji manifesto, kata Dr M
Diterbitkan:  Aug 17, 2018 9:42 PM
Dikemaskini: 2:27 PM

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah melaksanakan 21 daripada 60 janji yang terkandung dalam manifesto PRU ke-14, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perutusan khas sempena 100 hari pentadbiran HARAPAN, hari ini.

Perdana menteri berkata kejayaan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan tadbir urus yang baik dan melawan rasuah.

"Usaha ini memerlukan satu rancangan bersepadu yang drastik dan menyeluruh.

"Komitmen kerajaan mencapai prinsip mahu Malaysia dikenali kerana integriti, dan bukannya kerana rasuah," katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau menyenaraikan beberapa perkara yang telah mula dilaksanakan.

Antaranya pewujudan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), penggubalan Rang Undang-undang Pembiayaan Politik yang sudah dimulakan, tiada lagi surat sokongan daripada menteri dan timbalan menteri untuk projek dan tidak lagi menyekat kebebasan bersuara dan media.

Selain itu, beliau turut menyebut tentang penggubalan Pelan Anti Rasuah Nasional; Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah
Nasional (GIACC); dan penggubalan dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam, yang bertujuan menyekat amalan rasuah dalam kerajaan.

[Baca berita asal]
 

Lihat Komen
ADS