Kes seleweng RM30,000: Bekas ADUN Kedah dibebaskan semalam
Published: Aug 17, 2018 11:58 PM | Updated: Aug 18, 2018 12:01 AM
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lepas bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000, dibebaskan dengan jaminan semalam.
Menurut sumber SPRM, bekas ADUN itu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
Lelaki bergelar Datuk berusia 60-an itu ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di pejabat SPRM Kedah pada Isnin lepas.
Sumber SPRM dipetik sebagai berkata, dana itu dipohon pada Februari tahun lepas dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan, wang dana itu didakwa tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.
-Bernama
View Comments0


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.