Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM nafi akan dirombak
Diterbitkan:  Aug 18, 2018 12:34 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya badan itu akan dirombak dengan melibatkan pertukaran beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain.

Dalam kenyataan hari ini SPRM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai sebaliknya hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita," katanya.

Jelas SPRM laporan itu boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta mungkin diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat.

"Sehubungan itu, SPRM memohon agar pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum.

"Tindakan melaporkan berita yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi terlibat," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS