Panggil juga duta kita di India
Terjemahan Kerajaan India sepatutnya mengikut jejak Beijing yang membantah salahlaku terhadap wanita yang dipercayai rakyatnya di balai polis Malaysia berhubung layanan yang diterima rakyatnya yang bekerja di negara ini, kata Pejabat Pembangunan Manusia Pulau Pinang (POHD).
Terjemahan Kerajaan India sepatutnya mengikut jejak Beijing yang membantah salahlaku terhadap wanita yang dipercayai rakyatnya di balai polis Malaysia berhubung layanan yang diterima rakyatnya yang bekerja di negara ini, kata Pejabat Pembangunan Manusia Pulau Pinang (POHD).
Pegawai POHD, Joachim Xavier (foto) berkata, Beijing bertindak demikian selepas timbulnya dakwaan salah seorang wanita rakyatnya telah dimalukan apabila dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi di depan seorang anggota polis wanita.
"Tetapi pekerja rakyat India yang terbabit adalah jauh lebih ramai...Saya rasa duta kita di India pun patut dipanggil (seperti yang dilakukan oleh Beijing)," katanya dalam satu sidang akhbar bersama dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya tidak faham mengapa ianya tidak dianggap seserius salahlaku terhadap rakyat negara-negara lain," tambahnya.
Sidang akhbar itu diadakan ekoran masalah yang dihadapi pekerja rakyat India, terutama kes 48 orang yang didapati Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah "ditipu, dihina dan tidak diberi makanan dan kemudahan asas".
Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, RK Nathan pada 2003 itu, dikekalkanoleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Augustine Paul. Majikan mereka, Chin Well telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Xavier berkata, perbuatan salahlaku itu bukannya berlaku secara individu sama ada oleh pihak polis ataupun imigresen, tetapi masalah besar yang perlu ditangani segera.
Katanya, perbuatan salahlaku itu akan menimpa pendatang asing yang datang bekerja di negara ini, seolah-olah sistem yang ada di sini memang menganiayai orang asing.
'Ambil kesempatan'
Ketika menjelaskan masalah yang dihadapi oleh pekerja asing, Naib Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader (foto) berkata akar umbi masalah itu adalah kerana kurangnya ketelusan dan sistem pengambilan pekerja yang berkesan, dasar-dasar buruh dan imigresen serta amalan yang memberi "keadilan untuk para pekerja".
Katanya, banyak agensi pekerjaan "dibenarkan" mengambil kesempatan ke atas pekerja asing, sebahagian besarnya kerana tiadanya garispanduan yang tegas untuk mengawalselia keadaan itu.
"Jika mereka (agensi swasta) diperlukan untuk menyediakan pekerja, maka perlu ada peraturan ketat yang mengawalselia jumlah levi yang boleh dikenakan ke atas pekerja asing," kata Mohideen.
Beliau mengambil contoh pekerja Chin Well di mana 91 daripadanya diikenakan bayaran Rs100,000 (RM8,000) oleh agensi berkenaan untuk mereka mendapatkan pekerjaan .
"Kerajaan mesti mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang di negara ini. Jika tiada undang-undang seumpama itu, kita mesti adakan peraturan ketat untuk mengawal aktiviti agensi-agensi pekerjaan ini," katanya.
Mengenai majikan pula, katanya, banyak kes telah dilaporkan mengenai pemotongan gaji pekerja asing yang tidak sebanyak manapun, yang biasanya lebih rendah daripada gaji yang dijanjikan oleh ejen mereka dan di bawah gaji minimum RM600 sepertimana yang dipersetujui oleh kerajaan Malaysia dan India.
Selalunya, kata Mohideen, pekerja terbabit juga dipaksa membayar levi. Satu lagi masalah ialah kurangnya penguatkuasaan yang mewajibkan pekerja asing menjalankan pemeriksaan kesihatan, tambahnya.
Tambahan pula, katanya, ramai pekerja asing yang ditamatkan perkhidmatan mereka, tidak berpeluang untuk mendapatkan pembelaan atau bayaran gantirugi yang munasabah.
Walaupun Akta Pekerjaan 1955 membolehkan pekerja membawa kes mereka ke mahkamah buruh ataupun mahkamah sivil, tetapi undang-undang imigresen menafikan ini dengan adanya peraturan bahawa permit pekerjaan akan lupus secara automotik 24 jam selepas perkhidmatan ditamatkan.
"Jadi, ke mana mereka hendak pergi? Bagaimana mereka hendak sara hidup ketika masih berada di sini?" soalnya.
"Apabila majikan menamatkan perkhidmatan pekerja asing mereka dan kes itu dipertikaikan dan dibawa ke mahkamah, pihak berkuasa mesti memberi kebenaran kepada mereka untuk tinggal di negara ini dan bekerja untuk sara hidup mereka," katanya.
Situasi kritikal
Malah, katanya, 'permit khas' yang diberikan oleh pihak berkuasa imigresen kepada pekerja asing yang tiada lagi mempunyai permit kerja, juga tidak banyak membantu kerana kosnya adalah RM100 sebulan.
"Jika mereka tidak bekerja, macam mana mereka hendak membayarnya," katanya, sambil menambah, seorang pekerja yang bekerja dengan gaji RM500 sebulan, terpaksa membelanjakan 25 peratus daripada gajinya itu untuk membayar kos permit khas itu.
"Ini bukan caranya untuk kita melayan mereka yang sebenarnya telah menyumbang kepada ekonomi negara ini," katanya.
Seorang bekas pekerja Chin Well, yang kini bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur, mengambil peluang itu untuk menggesa pihak media membantu menangani masalah pekerja asing di negara ini.
"Kami perlukan bantuan anda supaya semua pihak mengetahui masalah yang dihadapi pekerja rakyat India seperti saya. Masalahnya berleluasa dan kritikal di Malaysia," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.