Terjemahan Pemilihan Majlis Peguam 2006/2007 baru-baru ini kurang mendapat sambutan apabila tidak sampai 4,000 daripada keseluruhan 12,000 ahlinya yang mengambil bahagian.

Menurut pengumuman di lamanweb rasminya, hanya 3,764 ahli memulangkan kertas undian selepas sejumlah 12,033 kertas undi dihantar kepada semua ahli melalui pos kira-kira sebulan lalu.

Ini bukan perkara baru kerana pemilihan 2004/2005 juga kurang mendapat sambutan dan kira-kira 30 peratus sahaja yang memulangkan kertas undian untuk memilih 12 ahli bagi menduduki majlis tersebut bersama pemegang jawatan yang lain.

Difahamkan, sudah menjadia kebiasaannya hanya seramai itu sahaja ahli yang mengambil dalam pemilihan dalam majlis tersebut selama ini.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Peguam, Yeoh Yang Poh berkata, beliau bingung apabila memikirkan mengenai sambutan dingin daripada ahli-ahli.

"Saya tidak fikir sambutan dingin itu ada kena mengena dengan faktor masa. Tidak banyak masa yang diperlukan utnuk membuka kertas undian, pangkah 12 calon, dan pulangkannya. Mungkin begitulah sikap tidak ambil kisah di kalangan pengundi di Malaysia," tambahnya.

Masih relevan?

Bagaimanapun, seorang peguam dari Kuala Lumpur, Shamsul Iskandar Mohd Akin percaya ia mungkin berpunca daripada kegagalan majlis tersebut menangani masalah yang membabitkan kepentingan para peguam.

"Peranan Majlis Peguam tidak begitu relevan kepada kebanyakan kami kerana ia gagal melindungi kebajikan ahli-ahli. Contohnya, apakah yang telah dilakukannya untuk membantu peguam yang bermasalah akibat kemerosotan ekonomi sekarang? Tidak ada...

"Mereka sepatutnya boleh melakukan banyak perkara seperti mengurangkan yuran sijil amalan dan mencari jalan untuk mengurangkan kos insurans perlindungan diri yang perlu kami bayar," katanya.

Seorang lagi peguam dari Selangor yang tidak mahu namanya disebut, juga sependapat dengan Shamsul, sambil menegaskan, kecuali pihak majlis memperlihatkan komitmenya untuk menyelesaikan 'masalah-masalah asas', maka selama itulah beliau tidak berminat menyertai pemilihannya.

"Saya tidak nampak mengapa saya harus membazirkan masa saya untuk mengambil bahagian (dalam pemilihan itu) apabila tiada apa yang dilakukan untuk melindungi kebajikan saya dan beribu-ribu peguam kecil lain yang seperti saya. Ia tidak relevan kepada kami," tambahnya.

Perhatian secukupnya

Ketika menjawab dakwaan tersebut, Yeoh menafikan yang majlis tersebut gagal menangani isu-isu tersebut.

"Rasanya kami telah memberi perhatian secukupnya kepada isu-isu tersebut kerana kami sedar ianya menjejaskan ahli-ahi kami. Contohnya SRO(Perintah ganjaran peguamcara yang melarang peguam memberi diskaun untuk bayaran guaman), telah banyak yang kami lakukan untuk menjamin penguatkuasaannya," katanya.

Mengenai kos insuran perlindungan diri itu, beliau berkata, pihak majlis telah mencapai kemajuan untuk menyediakan tawaran yang lebih baik kepada para peguam.

"Kami menghadapi kesukaran pada masa lalu kerana tidak mempunyai data mencukupi mengenai tuntutan ahli-ahli kerana adanya peruntukan kerahsian. Tetapi kita telah mengatasi masalah itu dan menjangka memperolehi data tersebut tahun depan, dan selepas itu kita boleh menyediakan tawaran lebih baik kepada ahli-ahli," tambahnya.

Beliau juga bertanya sama ada mereka yang sependapat dengan Shamsul, telah membaca laporan majlis itu mengenai isu-isu tersebut yang menurutnya, jelas menunjukkan keadaan telah bertambah baik.

"Jadi, adalah jelas menunjukkan bahawa dakwaan yang kita tidak menangani isu-isu penting adalah tidak benar. Andaikanlah dakwaan itu benar, maka mereka sepatutnyalah mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut.

"Jika anda fikir majlis ini gagal menjalan tugasnya, maka anda mestilah mengambi inisiatif untuk memastikan ahli-ahli baru memilih mereka yang difikirkan boleh berkhidmat kepada ahli," katanya.

Muka baru

Sementara itu, dua bekas presiden Majlis Peguam mendapat undi terbanyak dalam pemilihan tersebut. Mereka ialah Hendom Muhammad yang mendapat 2,310 undi dan Sulaiman Abdullah yang mendapat 1,934 undi. Manakala seorang lagi bekas presiden majlis tersebut, Kuthubul Zaman Bukhari mendapat 1,582 undi.

Turut terpilih ialah Low Beng Choo (1,696), Cecil Rajendra (1,569), Hamid Sultan Abu Backer (1522), Yasmeen Shariff (1,500), former president Mah Weng Kwai (1,489), Zulkifli Noordin (1,380), Jerald Gomez (1,369), Edmund Bon (1,363) dan setiausaha sekarang Ragunath Kesavan (1,281).

Keputusan itu akan disahkan apabila pihak majlis mengesahkan yang semua 12 pemenang memenuhi kehendak Seksyen 46A Akta Profesyen Guaman yang tidak membenarkan peguam kurang tujuh tahun pengalaman, ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan penyandang jawatan dalam kesatuan sekerja serta parti politik, daripada dipilih menganggotai majlis tersebut.

Pemenang termuda, Bon, 31, yang sering mengendalikan kes-kes berkaitan dengan isu hak asasi manusia berkata, beliau terperanjat dan merasa bertuah kerana turut terpilih.

"Ia amat mengejutkan. Ini bermakna banyak kerja yang menunggu saya...saya harap dapat memenuhi tanggjungjawab tersebut. Saya mengucap terima kasih kepada semua mereka yang menyokong saya," katanya ketika dihubungi.

Seorang lagi mula baru Zulkifli Noordin salah seorang peguam yang mewakili kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerjasama dengan ahli-ahli berpengalaman dalam majlis tersebut.

"Saya berharap dapat membantu Majlis Peguam melobi bagi meminda LPA untuk mengurangkan korum kepada satu perlima ahli bagi mengadakan mesyuarat agung, bagi melancarkan lagi perjalanan majlis tersebut," katanya merujuk kepada kes mahkamah yang menyebabkan keputusan mesyuarat agung ke-58nya diisytiharkan tidak sah.

"Saya juga berharap untuk menggunakan majlis tersebut sebagai satu platform untuk membangkitkan isu-isu yang dihadapi para peguam undang-undang syariah dan membantu menyelaraskan pelaksanaan undang-undang syariah di seluruh negara," katanya.

Kesemua 12 peguam yang terpilih itu akan mula memegang jawatan tersebut secara rasmi mulai Mac tahun depan selepas berlangsungnya mesyuarat agung majlis tersebut. Mereka bersama bekas, presiden, naib-naib presiden, ketua dan timbalan ketua jawatankuasa peringkat negeri, akan memilih pemegang-pemegang jawatan baru. Berita asal