Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Utusan Melayu berstatus PN17, berisiko dinyahsenarai
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 11:56 PM
Dikemaskini: Aug 21, 2018 10:13 AM

Penerbit akhbar milik Umno, Utusan Melayu (M) Bhd kini berstatus syarikat Nota Amalan (PN17) dan berisiko dinyah senarai daripada Bursa Malaysia disebabkan kekangan kewangan.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini, lembaga pengarah Utusan Melayu berkata syarikat itu gagal membuat bayaran prinsipal kepada Bank Muamalat Malaysia dan Maybank Islamic Bhd.

Ini menyebabkan Utusan dimasukkan ke status PN17, yang bermaksud ia mesti menyerahkan pelan penyusunan kepada Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia dalam tempoh 12 bulan.

Jika ia gagal menguruskan semula kewangannya, syarikat itu akan dinyah senarai dari Bursa Malaysia.

Sebelum ini pada 10 Ogos, Utusan Melayu mengumumkan syarikat itu gagal membayar RM530,121 kepada Bank Muamalat dan RM654,750 kepada Maybank Islamic disebabkan masalah kewangan.

Sementara itu, The Star melaporkan Utusan mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bergantung kepada bantuan kerajaan sehinggalah BN tewas pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

"Bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2018, Utusan mencatatkan kerugian sebanyak RM5.8 juta. Dalam tempoh yang sama tahun lepas, ia rugi RM22.8 juta.

"Syarikat itu telah mengalami kerugian sejak beberapa tahun lepas, dan dana pemegang sahamnya telah menurun kepada RM89.9 juta dengan kerugian terkumpul lebih RM71 juta pada akhir bulan Jun tahun ini," kata laporan itu.

Lihat Komen
ADS