PM: Kjaan sedang kaji syor Suruhanjaya Diraja Polis
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Polis dan Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Polis dan Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan sedang mengkaji semua cadangan berkenaan dan memerlukan masa empat atau lima bulan lagi untuk melaksanakannya.
"Mana-mana cadangan yang baik dan sesuai akan kami laksanakan tetapi kena kaji dulu. Ia memerlukan masa empat atau lima bulan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS) di Kelana Jaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan memerlukan kajian yang teliti dan menyeluruh sebelum cadangan suruhanjaya itu boleh dilaksanakan.
Menyentuh tentang siasatan terhadap kes wanita dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam lokap pula, Abdullah berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar perlu akur jika hasil siasatan badan siasatan bebas mendapati salahlaku polis benar-benar berlaku.
Tunggu hasil siasatan
"Polis pun menyiasat tetapi badan bebas kena siasat juga. Mungkin siasatan badan bebas ini lebih baik. Dan masa sebulan itu sudah cukup.
"Biarlah anggota siasatan bebas itu membuat siasatan dulu, lepas tu kita lihat hasilnya," katanya.
Beliau berkata, orang ramai sedang melihat isu ini dan dan siasatan oleh badan bebas itu dirasakan boleh meleraikan masalah tersebut.
Suruhanjaya bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah akan menyiasat insiden "bogel dan ketuk ketampi" itu.
Badan tersebut akan menyiasat prosedur tetap operasi, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan berhubung pengendalian pemeriksaan tubuh dan kaedah penangkapan dan penahanan polis.
Anggota lain ialah bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lim ah Lek, peguam dan Ketua Biro Undang-undang Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Khuthubul Zaman Bukhari dan Datuk Hamzah Md. Rus selaku Setiausahanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.