Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
500 penerbangan terjejas kerana sambutan merdeka
Diterbitkan:  Aug 21, 2018 7:02 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Kira-kira 500 penerbangan terjejas susulan penutupan sementara ruang udara sekitar lapangan terbang KLIA dan KLIA2 selama lima hari bermula 27 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Penutupan mulai 27 hingga 31 Ogos, dari jam 9 hingga 10.30 pagi itu bagi memberi laluan kepada latihan pertunjukan udara di Putrajaya, tidak jauh dari kedua-dua lapangan terbang itu.

Sebanyak 498 penerbangan keluar masuk dijangka terjejas, lapor Reuters.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata penutupan sementara ruang udara itu dijangka melibatkan penjadualan semula waktu penerbangan.

Lihat Komen
ADS