Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan digesa beku hartanah Yayasan Wilayah Persekutuan

Anggota Kepong Lim Li Eng menggesa kerajaan membekukan kesemua urusniaga melibatkan hartanah yang dimiliki Yayasan Wilayah Persekutuan.

Hal ini sementara menunggu penjelasan bagaimana yayasan ini yang merupakan sebuah yayasan kebajikan yang didaftarkan di bawah Pendaktar Syarikat (ROC) boleh memiliki tanah.

Hartanah itu dirancang untul pelbagai kegunaan seperti kediaman, rumah kedai, pejabat dan pembangunan bercampur.

"Yayasan Wilayah Persekutuan sebuah badan kebajikan. Ia tiada kena-mengena untuk memajukan sebarang tanah.

"Jadi, segala urus niaga tanah ini bererti pihak kerajaan memberikan tanah berkenaan atas nama yayasan tersebut yang kemudian menjualnya semula kepada pemaju swasta atau syarikat usaha sama," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kepong hari ini.

Malaysiakini telah menghubungi bekas menteri wilayah persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mendapatkan ulasan dan sedang menunggu maklum balas.

Tengku Adnan merupakan menteri sejak 2013 sehinggalah pilihan raya umum baru-baru ini pada bulan Mei.

Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah yayasan berkenaan sejak 28 Jun 2013 dan masih disenaraikan sebagai pengarah yayasan itu berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat.

Rekod Suruhanjaya Syarikat adalah setakat 9 Februari, 2018, sebelum PRU14 lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS