Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib gesa RCI ke atas ECRL, SSER
Diterbitkan:  Aug 23, 2018 6:36 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menjalankan siasatan diraja (RCI) ke atas tiga projek yang melibatkan syarikat China yang diluluskan di bawah pentadbirannya.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Najib merujuk kepada projek Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saliran paip (SSER).

"Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salah laku," katanya.

Najib juga menggesa kerajaan mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan, kesan ekonomi dan analisis manfaat kos untuk membolehkan orang awam menentukan sama ada kerajaan perlu meneruskan atau membatalkan projek-projek berkenaan.

"Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan HARAPAN," katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa belum ada keputusan dibuat berhubung projek berkenaan, namun menjelaskan keutamaan adalah untuk membatalkannya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Najib turut menghuraikan "salah faham" berhubung projek ECRL.

Kenyataan penuh Najib boleh dibaca di sini.

Lihat Komen
ADS