Dalam menyatakan hasrat MCA dalam pilihan raya kecil (PRK) Balakong, timbalan presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menggunakan analogi Damacai iaitu "1+3".

Pada ceramahnya semalam, Wee berkata kepada warga Balakong bahawa partinya kini mempunyai seorang anggota parlimen dan dua anggota dewan undangan negeri (ADUN), atau ringkasnya "1+2".

"Kita ada satu 'bintang' di Parlimen. Dua lagi di dewan undangan negeri. Harapan kita adalah agar anda membantu kami mencapai impian '1+3'.

"Sebelum ini (kami dirujuk sebagai) 7-11. Kini (matlamatnya adalah) '1+3'. Jadi untuk mencapainya, ia bermula di Balakong," katanya.

'7-11' merujuk ketika MCA memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 sementara '1+3' juga merupakan istilah yang biasa digunakan dalam perjudian Damacai.

Wee yang dikenali dengan jenaka parodi seumpamanya memberitahu hadirin bahawa beliau tidak menggalakkan judi.

"Jangan salah faham. (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng berkata tiket loteri akan tertakluk enam peratus cukai (SST) tidak lama lagi. Anda perlu bayar.

"Jadi sebab itu saya di sini hari ini. Pada 8 September, undi (calon MCA) Tan Chee Teong. Beri dia kemenangan. Biarkan dia masuk DUN (Selangor) melalui pintu depan," katanya.

[Baca berita penuh]