Paling Popular
Terkini

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang sedang menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur telah ditangkap pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika mengesahkan penangkapan itu berkata Musa ditangkap kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Betul, dia Musa) ditangkap jam 10 pagi. (Bagaimanapun, permohonan) Reman ditolak oleh Majistret,” katanya kepada Bernama.

Musa yang sebelum ini dilaporkan mendapat rawatan di London, pulang ke tanah air selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 6.45 petang, pada 21 Ogos, dari Seletar, Singapura.

Musa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, dilaporkan meninggalkan negara ini ke London pada 16 Mei untuk menjalani rawatan perubatan di London.

Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.

Beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Anggota Dewan Undangan Negeri.

- Bernama

Lihat Komen
ADS