Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Naib ketua pemuda AMANAH dihalang ke Sarawak
Diterbitkan:  Aug 24, 2018 12:52 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini dihalang masuk ke Sarawak.

Beliau berkata dirinya diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur oleh pegawai Jabatan Imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu atas urusan rasmi parti.

"Semaklum saya, halangan ini adalah warisan jijik zaman BN yang menyalahgunakan kuasa untuk menghalang individu tertentu masuk ke Sarawak atas alasan yang jelas bermotifkan politik," katanya dalam kenyataan.

"Jika kerajaan negeri yang kononnya telah keluar BN masih mengekalkan polisi dan pendirian politik sama, lebih baik mereka masuk semula ke dalam BN," katanya merujuk tindakan empat parti pemerintah Sarawak - PBB, PRS, SUPP dan PDP - yang keluar BN Jun lalu.

Shazni berkata Malaysia pasca-PRU ke-14 menuntut pendekatan politik baru dan bukan sekadar "bertukar kulit" semata-mata.

"Hipokrasi sebegini perlu ditolak dan penduduk Sarawak mempunyai masa untuk berbuat demikian pada pilihan raya negeri akan datang," katanya lagi.

Ketika masih sebagai pembangkang, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) pernah dihalang untuk memasuki negeri itu antaranya Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ini menggesa kerajaan Sarawak menghentikan amalan itu kerana ia adalah "saki-baki amalan represif yang terdahulu".

Lihat Komen
ADS