Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bomba: Angkasapuri terbakar, berita tak benar

Berita mengenai kejadian kebakaran bangunan di Angkasapuri di Kuala Lumpur yang tular di laman sosial malam ini adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian kebakaran bangunan itu pada malam ini.

“Kami juga tidak menerima panggilan mengenai kebakaran di Angkasapuri daripada Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Kira-kira 9 malam ini, seorang pengguna Twitter dan Facebook yang menggunakan nama ‘Zunar Cartoonist’ memuat naik gambar sebuah bangunan dengan catatan:

“Bangunan yang sedang dibina di Angkasapuri bernilai RM2 bilion sedang terbakar sekarang?”

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS