PAS buat aduan polis terhadap laporan media
Terjemahan PAS telah membuat dua aduan polis terhadap dua akhbar bahasa Melayu kerana menyiarkan laporan yang didakwa oleh parti itu melanggar undang-undang pilihanraya.
Terjemahan PAS telah membuat dua aduan polis terhadap dua akhbar bahasa Melayu kerana menyiarkan laporan yang didakwa oleh parti itu melanggar undang-undang pilihanraya.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, aduan tersebut dibuat Jumaat lalu terhadap tiba laporan satu disiarkan dalam Berita Harian pada 29 November 2005 dan dua lagi disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 2 Disember 2005.
"Kami percaya berita tersebut merupakan serangan peribadi terhadap PAS dan oleh itu, melanggar Seksyen 4(a) dan Seksyen 8(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1964," katanya dalam sidang akhbar di pejabat pilihanraya PAS di Mankasar, Pasir Mas, semalam.
Beliau juga mendakwa laporan-laporan itu tersebut telah "memperkecil dan menghina PAS" dan melanggar Akta Hasutan.
Tambahnya, satu aduan rasmi akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini.
"PAS membuat aduan rasmi kerana kami percaya Barisan Nasional menggunakan media untuk menyerang PAS," katanya.
Nasharuddin bagaimanapun enggan menyatakan laporan tersebut kepada pihak media atas nasihatkan para peguam parti itu.
Bagaimanapun, sumber-sumber media percaya aduan parti itu merujuk kepada laporan muka depan Utusan Malaysia pada 2 Disember bertajuk "PAS tidak layak jadi kerajaan".
Kain rentang
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar yang turut hadir di sidang akhbar tersebut memberitahu malaysiakini bahawa partinya tidak akan bertolak ansur terhadap taktik seumpama itu.
"Laporan itu juga sangat tidak adil. Kami sentiasa menerima layanan tidak adil dari pihak media dan kami tidak akan lagi bertolak ansur. Kami perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan laporan negatif terhadap parti ini," katanya.
Mengenai isu-isu lain, Kamaruddin juga mendedahkan tindak-tanduk orang yang dikenali yang memasang kain rentang yang bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS.
"Kami melihat kain rentang yang berbunyi 'Undi PAS Masuk Syurga, Undi Umno Masuk Neraka' yang menjelas bertujuan untuk menggambarkan parti (PAS) ini ekstrem. Kami juga telah membuat aduan polis berhubung perkara tersebut dan menuntut supaya kain rentang itu diturunkan," katanya.
Beliau percaya laporan media yang berat sebelah dan pemasangan kain rentang itu adalah teknik yang digunakan oleh BN.
"Kami berkata, 'permainan' itu akan semakin kotor dalam tempoh tiga hari lagi, dan kami tidak berdiam diri sahaja," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.