PAS sembahyang hajat halau pengundi hantu
Terjemahan PAS telah mengadakan sesi sembahyang hajat memohon supaya tiada pengundi hantu yang mengundi dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir esok.
Terjemahan PAS telah mengadakan sesi sembahyang hajat memohon supaya tiada pengundi hantu yang mengundi dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir esok.
Sesi sembahyang hajat pertama diadakan jam 8.30 malam tadi manakala satu sesi sembahyang hajat akan diadakan jam 4 petang ini di Majid Kasa in Pasir Mas.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sesi sembahyang hajat itu diadakan bagi memohon supaya tidak ada pengundi yang mengganggu pilihanraya kecil tersebut.
Sebelum ini, Kamaruddin telah mengumumkan tawaran bayaran sehingga RM15,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran pengundi hantu.
Seorang pekerja parti PAS, Wan Johari berkata, keputusan mengadakan sembahyang hajat itu menunjukkan keseriusan parti itu menangangi isu tersebut kerana ramai yang percayai 'taktik kotor' akan digunakan untuk menewaskan PAS dalam pilihanraya kecil esok.
Katanya, berdasarkan kepada sambutan pengundi, calon PAS, Hanifa Mat Yatim mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih banyak.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan kepada pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, isu pengundi hantu ini tiak boleh dipandang ringan.
"Adalah amat mencurigakan apabila pemimpin Barisan Nasional yakin peratusan pengundi yang akan keluar mengundi esok adalah tinggi. Mereka mungkin merancang untuk membawa masuk pengundi yang tidak sah dari luar," katanya.
'Hanya satu dakwaan'
Bagaimanapun, PAS mungkin menghadapi masalah untuk meyakinkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya mengambil serius isu pengundi hantu ini, terutama apabila Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman sendiri tidak percaya wujudnya istilah "pengundi hantu".
"Tidak ada definasi untuk pengundi hantu. Saya percaya definasi itu timbul daripada kekeliruan berikutan terdapat lebih 3.5 juta pengundi yang berdaftar di kawasan pilihanraya, sedangkan mereka tidak tinggal dan bekerja di situ,",katanya.
Katanya, berdasarkan kepada aduan yang diterima dari PAS, definasi paling hampir yang boleh difikirikannya ialah "menyamar sebagai pengundi".
"Mungkin definasi paling hampir ialah menyamar sebagai pengundi. Tetapi sehingga ini, ia tidak pernah berlaku di negara ini. Tiada ada bukti dan ia masih merupakan satu dakwaan," kata Abdual Rahid dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan memberi perhatian kepada aduan yang diterima, sambil menambah para pegawai SPR akan memeriksa mana-mana pengundi yang mencurigakan pada hari pengundian.
"Suruhanjaya itu mesti telus dan adil. Kita akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk dengan calon bebaas. Kita mahu setiap pihak berpuashati pilihanraya kecil ini dijalankan secara bersih dan adil," katanya.
Borang 11
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mahu SPR membekalkan kepada semua pekerja pilihanraya parti Borang 11 yang mengandungi maklumat mengenai identiti pengundi bagi memastikan tiada yang menyamar menjadi pengundi esok.
Katanya, permintaan itu telah dikemukakan kepada Abdul Rashid in dalam pertemuan tertutup antara pemimpin PAS dan SPR pagi semalam.
"Kita telah meminta SPR membekalkan Borang 11 supaya kita dapat memastikan ketulenan pengundinya. Kami mahu memastikan tiada yang menyamar sebagai pengundi," katanya.
Menurutnya, PAS membuat permintaan tersebut selepas mengesan beberapa perkara yang tidak kena dalam senarai nama pengundi.
"Contohnya, kita mengesan alamat yang menempatkan sekumpulan pengundi. Apabila kita memeriksanya, pemilik alamat tersebut tidak kenal siapa pengundi berkenaan. Sehingga ini, kami telah mengenalpasti 70 nama pengundi yang mencurigakan.
"Kami telah memaklumkan perkara ini kepada pihak suruhanjaya dan mereka berjanji akan menyiasatnya," tambahnya.
Manakala Kamaruddin pula berkata PAS memandang berat perkara tersebut walaupun ia hanya membabitkan kurang daripada satu peratus daripada sejumlah 180,000 pengundi berdaftar.
"Memandangkan majoriti (calon PAS dalam pilihanraya umum 2004) hanya 56 undi, maka 70 pengundi bukan lagi satu jumlah yang kecil," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.