Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan CEP mungkin tak didedah kepada awam
Diterbitkan:  Aug 27, 2018 1:56 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Perdana menteri berkata, laporan disediakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mungkin tidak didedahkan kepada orang ramai.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad tugas yang diamanahkan kepada CEP ialah membuat penyelidikan dan kemudian melaporkan dapatan tersebut kepada beliau.

"Sama ada saya akan terima laporan itu atau tidak, saya akan putuskan.

"Perkara utama yang perlu mereka lakukan ialah menyalurkan maklumat yang saya perlukan untuk membuat keputusan.

"Justeru ia adalah urusan kerajaan," katanya pada satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

CEP ditubuhkan sejurus selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu.

Ia dianggotai lima tokoh terkemuka negara dengan Tun Daim Zainuddin bertindak sebagai pengerusi.

Anggota lain ialah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara) Tan Sri Hassan Merican (bekas presiden Petronas) Tan Sri Robert Kuok (tokoh korporat) dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi).


Baca Bubar CEP, dedah laporannya kepada parlimen, rakyat


Ia ditugaskan membuat kajian dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk penambahbaikan pentadbiran.

Pada 20 Ogos lalu Daim berkata CEP sudah menyempurnakan tanggungjawab mereka dan laporan berisi cadangan kepada kerajaan akan diserahkan kepada Dr Mahathir.

Menurut Daim sepanjang tempoh 100 hari CEP menemui lebih 350 individu serta wakil lebih 200 pertubuhan termasuk dari sektor perbankan, agensi penguat kuasa dan dewan perniagaan.

Menurut Dr Mahathir pada kebiasaannya apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia tidak semestinya akan didedahkan kepada orang awam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS