Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis Kelantan nafi bantu roboh sekatan Orang Asli

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan menafikan pembabitan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam merobohkan sekatan Orang Asli di Gua Musang, semalam.

Sebaliknya kata beliau, PGA hanya ditugaskan untuk mengawal keselamatan di lokasi kejadian susulan permohonan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

"Kami telah gerakkan pegawai dan anggota seramai 400 orang terlibat termasuk anggota simpanan untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri selama dua hari bermula semalam dan hari ini.

"Mereka dipecahkan dengan tiga pasukan di tiga kawasan iaitu Kaleg, Kampung Cawas dan Kuala Wok.

“Penugasan hanya kawal keselamatan penguat kuasa serta jabatan lain yang terlibat dan Orang Asli. Kita jaga kedua-dua pihak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Bharu, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan PGA turut melakukan kerja meroboh sekatan Orang Asli melalui kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Fauzi Azmi.

Kenyataan itu mendakwa, PGA bertindakan merobohkan sekatan di Kaleg, manakalan sekatan di Cawas dan Kuala Wok dirobohkan penguat kuasa perhutanan negeri.

Justeru, Hasanuddin berkata, beliau menafikan perkara itu dan objektif kehadiran pihak polis untuk menjaga keselamatan dan lalu lintas.

"Saya nafikan - bukan tugas PDRM merobohkan sekatan, tugas kami jaga keselamatan petugas yang melaksnanakan tugas.

"Semalam, dalam keadaan harmoni walaupun wujud (suasana) kesedihan namun (mereka) terima kenyataan, penguat kuasa hanya laksana tugas untuk keselamatan," jelas beliau.

Tambah beliau, hari ini pihak polis masih lagi ditempat di sekitar kawasan penempatan suku kaum Temiar itu.

"Hari ini sebahagian kecil anggota masih ditempatkan di semua tempat. Sekatan jalan raya masih dibuat berhampiran kawasan sekitar.

"Masih ada Orang Asli yang ada di bangsal di sekitar kawasan sekatan yang dibina. Misi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan hanya untuk buka sekatan bukannya bangsal mereka," katanya.

Lihat Komen
ADS