Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
52 saksi dijadual beri keterangan kes petisyen pilihan raya Cameron Highland

Seramai 36 saksi bagi pemohon M Manogaran dan 16 saksi untuk Datuk C Sivaraajh dijadualkan akan memberi keterangan dalam kes petisyen pilihan raya Cameron Highlands yang ditetapkan untuk pendengaran selama 14 hari bermula 3 Sepember ini.

Bagaimanapun, hal berkenaan tertahkluk keputusan hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan pada hari Khamis (30 Ogos) ini untuk membenarkan permohonan kepada Sivaraajh yang mahu membatalkan petisyen pilihan raya itu.

Perkara tersebut didedahkan semasa pengurusan kes hari ini di Mahkamah Tinggi.

Menurut peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Anggota Parlimen Cameron Highlands, Sivaraajh, Hakim Azizah ingin mengetahui persiapan dalam kes itu jika perbicaraan dapat diadakan pada hari Isnin minggu hadapan.

"Kami akan memfailkan 16 kenyataan saksi untuk Sivaraajh hari ini," kata Hazira kepada pemberita.

Sementara itu, peguam M Rajenthirakumar dan K Shanmuga yang mewakili Manogaran berkata mereka telah memfailkan kenyataan 36 saksi mereka di mahkamah.

Manogaran yang juga calon DAP pada PRU14 lalu, memfailkan petisyen pilihan raya pada 5 Jun 2018 untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi parlimen Cameron Highlands.

Beliau mendakwa pemenang kerusi itu, Sivaraajh, daripada MIC, telah merasuah dan mengancam pengundi, terutama masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada 20 peratus pengundi di sana.

Sivaraajh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah membayar pengundi kawasan itu "duit rokok," mengakibatkan Manogaran kalah pertandingan kerusi parlimen itu sebanyak 597 undi pada pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam petisyen 161 muka surat yang difailkan di Kuala Lumpur itu, pemimpin DAP berkenaan berkata beliau kehilangan banyak undi Orang Asli walaupun berkempen di sana sejak 2016.

Lihat Komen
ADS