Kes disiplin anggota polis tahun lalu meningkat
Terjemahan Seramai 1,164 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan disiplin tahun lalu, demikian menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Polis 2004 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Terjemahan Seramai 1,164 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan disiplin tahun lalu, demikian menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Polis 2004 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Pelbagai bentuk tindakan telah diambil terhadap mereka termasuk penggantungan perkhidmatan dan dipecat daripada pasukan polis.
Majoriti kes disiplin tersebut antaranya membabitkan engkar perintah, mencemarkan imej pasukan polis, dan tidak cekap menjalankan tugas.
Jumlah paling ramai yang dikenakan tindakan disiplin itu adalah dari kalangan anggota berpangkat lans koperal.
Laporan itu menunjukkan peningkatan 26 kes berbanding tahun 2003. Suruhanjaya tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pulih imej
Dalam laporannya, suruhanjaya itu berkata punca peningkatan kes tersebut adalah kerana ketegasan berhubung perkara tersebut.
Katanya, ia selaras dengan usaha untuk memulihkan imej pasukan polis di mata awam dengan harapan untuk mewujudkan sebuah psukan yang dapat melindungi keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
Laporan itu juga menyebut sejumlah 3,664 anggota lelaki dan 658 wanita diambil menyertai pasukan polis tahun lalu, daripada 75,455 permohonan yang diterima.
Abdullah telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Polis untuk menyiasat dakwaan amalan rasuah dan kekejaman yang dilemparkan terhadap pasukan polis.
Suruhanjaya itu mengemukakan 125 perakuan untuk membaikpulih pasukan polis, tetapi kerajaan belum melaksanakan sepenuhnya cadangan tersebut.
Baru-baru ini tercetus satu lagi bantahan terhadap pasukan polis berhubung rakaman klip video seorang wanita yang dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis. Berita asal

